Beliau hanya melambai tangan ke arah petugas media yang berkumpul di pekarangan Pejabat Pentadbiran Negeri Sabah bagi mendapatkan pengesahan mengenai jawatan Ketua Menteri.

Ia susulan Parti Warisan Sabah (Warisan) memaklumkan bahawa parti berkenaan dengan kerjasama Pakatan Harapan kini mempunyai jumlah majoriti mencukupi untuk membentuk kerajaan negeri.

Terdahulu, Naib Presiden Warisan, Darrel Leiking memaklumkan Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal akan mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah di Istana Negeri di sini pada pukul 9 malam.