Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga itu sebelum ini tidak hadir dalam istiadat pembukaan rasmi Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Persidangan DUN Sabah Khamis lepas dan persidangan pertama semalam.

Beliau merupakan satu-satunya ADUN UMNO di Sabah yang tinggal selepas kesemua rakan seperjuangannya berpaling kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Sebelum ini, beliau turut gagal hadir ke dua sesi sidang DUN yang diadakan tahun lepas dan turut menjadi ADUN terakhir yang mengangkat sumpah pada 5 September lalu.

Pada tahun lalu, beliau memberikan alasan gagal menghadiri mesyuarat dan lewat mengangkat sumpah atas alasan masalah kesihatan. - Bernama