Tuanku Syed Sirajuddin berkenan menganugerahkan darjah kebesaran itu sempena keputeraan baginda ke-75 yang disambut di Istana Arau di sini hari ini.

Hashim, 79, yang merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang ketika ditemui pemberita menjunjung kasih Tuanku Syed Sirajuddin kerana pemberian darjah kebesaran itu.

Turut berkenan berangkat hadir pada majlis itu ialah Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man turut hadir. - K! ONLINE