Dalam kejadian pada pukul 3.40 pagi itu, mangsa yang berumur 11 tahun difahamkan sedang tidur di dalam biliknya.

Sumber berkata, suspek telah masuk ke dalam rumah mangsa melalui pintu depan yang tidak berkunci.

“Suspek telah menikam mangsa dengan pisau sebanyak dua kali di bahagian rusuk dan dadanya.

“Lelaki berumur 40 tahun itu kemudiannya telah melarikan diri dan mangsa kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kajang di sini dan dilaporkan stabil, “ katanya di sini hari ini.

Tambah sumber, lelaki tersebut ditahan di Batu 9, di sini pada pukul 12 tengah malam semalam.

Pemeriksaan terhadap suspek juga mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof ketika dihubungi mengesahkan telah menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

“Kita ada terima laporan kes itu dan dipercayai berpunca oleh keadaan suspek yang sedang mabuk.

“Suspek telah direman sehingga 24 Mei ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan Seksyen 14 Akta Kanak-Kanak 2001,” ujarnya. - K! ONLINE