Program kali ketiga berturut-turut itu diadakan berhampiran berhampiran Pasar raya Darul Makmur hari ini bermula pukul 5 petang. 

Guru besarnya, Hamzah Ibrahim berkata, bubur lambuk itu dibuat secara gotong-royong di sekolah berkenaan melibatkan para guru dan murid. 

"Program kali ini melibatkan pasukan pengakap, Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS), Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) dan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. 

"Murid-murid berpeluang memasak bubur lambuk dan mendekati masyarakat apabila mengedarkan bubur lambuk kepada pengguna jalan raya yang melalui kawasan pasar raya itu," katanya. 

Menurut beliau, bubur lambuk itu turut diedarkan kepada semua warga sekolah. - K! ONLINE