Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, program itu akan dijalankan dalam tempoh lima tahun bermula bulan depan dengan sebanyak 70 buah sekolah rendah di seluruh negara dijadikan sebagai PPBB.

"Seramai 2,800 murid berusia sembilan hingga 11 tahun akan digilap bakat mereka dalam sukan badminton menerusi latihan-latihan intensif yang dikendalikan oleh 140 jurulatih guru," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar selepas melancarkan program Pembangunan Bakat Badminton di Bahagian Teknologi Pendidikan Kedah di sini hari ini.

Hadir sama ialah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh.

Kata beliau, program itu akan memberi peluang kepada murid sekolah yang berbakat dan berpotensi dalam sukan badminton untuk digilap ke tahap lebih tinggi selain mempromosikan dasar 1Murid 1Sukan. - K! ONLINE