Pengarah Kesihatan Negeri Perak, Datuk Dr. Hassan Merican berkata, hasil siasatan mendapati, jangkitan tersebut berpunca daripada bangkai tikus dan burung yang berada di bahagian atas siling blok sebuah bangunan sekolah tersebut.
Katanya, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kampar telah menerima aduan mengenai jangkitan tersebut pada 12 Mac lalu dan tindakan segera sudah diambil namun ia berulang kembali pada awal bulan ini.
“Sehubungan dengan itu, arahan penutupan satu blok bangunan sekolah tersebut telah dikeluarkan selama dua minggu bermula 5 hingga 19 April depan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.