Mukhriz (Bersatu-Jitra) berkata, hasil perolehan negeri sehingga 30 Jun lalu dicatatkan sebanyak RM286 juta dan jumlah itu hanya mencapai tahap 36.79 peratus berbanding sasaran pendapatan RM779 juta pada tahun ini.

"Ini menunjukkan bahawa setakat ini prestasi pendapatan hasil kita belum mencapai 50 peratus yang mana kita sepatutnya mencapai tahap itu pada pertengahan Jun (lalu)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Datuk Ku Abd. Rahman Ku Ismail (BN-Guar Chempedak) pada Mesyuarat Kedua Penggal Pertama DUN Kedah yang ke-14 di sini.

Justeru, kata Mukhriz, pihaknya perlu mencari kaedah bagi meningkatkan lagi jumlah pendapatan negeri sehingga akhir tahun ini. - K! ONLINE