Pada majlis penyerahan itu, IJN menerima RM1 juta manakala masing-masing RM30,000 diserahkan kepada wakil Lembaga Zakat Kedah dan Lembaga Zakat Pulau Pinang bagi membantu mangsa banjir baru-baru ini.

Sumbangan tersebut diserahkan Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah selaku Yang Dipertua Muip di Kompleks Islam Sultan Ahmad Shah di sini hari ini.

Pada majlis itu, empat syarikat korporat turut menyerahkan zakat perniagaan kepada PKZ Pahang dengan nilai keseluruhan RM1.67 juta.

Empat syarikat berkenaan ialah Far East Holdings Berhad dengan nilai RM1.08 juta serta Bank Pembangunan Malaysia Berhad berjumlah RM400,000.

Turut menyerahkan zakat perniagaan kepada PKZ Pahang ialah CIMB Islamic Bank Berhad (RM100,000) dan GITN Sdn. Bhd., (RM93,333.33).

Sehingga 18 Disember baru-baru ini, PKZ Pahang mengutip RM111 juta melibatkan 79,721 syarikat korporat dan pembayar perseorangan. - K! ONLINE