Wan Abdul Wahid

Wan Abdul Wahid

Timbalan Yang Dipertuanya, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan berkata, bantuan khas untuk golongan asnaf zakat (fakir miskin) itu diwujudkan setelah MUIP mengesan terdapat ramai yang memerlukan khidmat tersebut di negeri ini, namun tidak tahu cara  mendapatkannya.

MUIP menerima 17,500 borang permohonan bantuan zakat pada tahun lalu dengan 10 peratus daripadanya merupakan asnaf yang mengalami masalah tidak menerima nafkah daripada suami dan bekas suami.

"Jalan mudah yang biasa diambil untuk keluar daripada masalah tersebut ialah memohon bantuan MUIP,  tetapi yang lebih penting masalah sebenar (tidak diberikan nafkah oleh bekas suami atau suami) yang mereka hadapi perlu diselesaikan," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Khidmat Bantuan Guaman Tuntutan Nafkah Asnaf Zakat (fakir miskin) MUIP di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Hakim Syarie Pahang, Datuk Abdul Rahman Md. Yunus dan Setiausaha MUIP, Datuk Ahmad Hairi Hussin. - Bernama