"Beliau akan berehat sementara bersama keluarga," menurut Setiausaha Akhbar kepada Menteri Dalam Negeri, Hafiz Abdul Halim dalam satu kenyataan yang dipaparkan di laman Facebook rasmi Muhyiddin Yassin.

Hafiz mengucapkan penghargaan kepada semua doktor, jururawat serta staf hospital tersebut.

"Terima kasih juga kepada semua yang telah mendoakan kesihatan dan meluangkan masa melawat YB Tan Sri Muhyiddin Hj. Mohd. Yassin semasa beliau di sana," katanya lagi.

Ketika di sini, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong turut melawat Muhyiddin selepas Timbalannya, Teo Chee Hean melakukan kunjungan sama. - Bernama