Muhyiddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, beliau menguatkan dirinya untuk turun berkempen di Port Dickson malam ini walaupun masih belum sihat sepenuhnya selepas menjalani pembedahan di Singapura Julai lalu.

"Saya hampir tiga bulan tidak berucap dikhalayak ramai sebab keadaan yang agak uzur dan ini kali pertama saya melangkah keluar dari Kuala Lumpur selepas tempoh tiga bulan.

"Saya mahu menyatakan sokongan padu saya kepada calon PH iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya semasa berucap di Masjid Bagan Pinang dekat sini malam ini.

Muhyiddin menerangkan, PH mencapai muafakat untuk melantik Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri jika menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Menurutnya, PH juga mencapai muafakat untuk Anwar menggantikan Mahathir sebagai Perdana Menteri ke-8 apabila sampai kepada satu peringkat yang sesuai dan berpatutan.