Mufti yang bersifat kritikal terhadap isu-isu semasa berlaku di negara ini berkata, penganjuran pasar percuma itu akan memberi ruang kepada semua pihak untuk menyumbang mengikut kemampuan tidak mengira sektor korporat atau individu perseorangan.

"Sumbangan ini meliputi pelbagai keperluan seperti makanan, minuman, alatan dapur dan pakaian tanpa ditentukan jumlah minimum.

"Ini juga dapat mengelakkan pembaziran dan barangan yang masih baik boleh diberikan kepada mereka yang memerlukan.

"Selain itu, pasar percuma ini tidak memberikan sebarang beban komitmen kepada kerajaan kerana boleh dianjurkan secara berkala mengikut kemampuan penganjur dan sokongan penyumbang," katanya menerusi akaun Facebook rasmi beliau Dr.Maza.com hari ini. - K! ONLINE