Mahdzir
                       Mahdzir

Beliau berkata, pengiktirafan itu membolehkan penjajaran MUET, yang merupakan cetusan idea Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menjadi Menteri Pendidikan sebelum ini, dilakukan dengan Common European Framework Reference (CEFR) melalui penyeliaan dan khidmat nasihat daripada Cambridge English.

Mahdzir berkata, pengiktirafan itu membolehkan MUET, yang mula dilaksanakan pada tahun 1999, sebagai satu produk kebanggaan negara di arena pendidikan antarabangsa.

“Saya difahamkan beberapa negara termasuk Bangladesh, India dan Sri Lanka telah menunjukkan minat untuk menggunakan MUET dalam sistem pendidikan mereka," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis penyampaian anugerah sekolah terbaik dan pelajar terbaik Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan MUET 2017 di sini hari ini.

Terdahulu, Mahdzir menyaksikan penyerahan sijil pengiktirafan MUET oleh Ketua Penyelidikan dan Pembangunan Antarabangsa Cambridge English, United Kingdom, Dr. Hanan Khalifa kepada Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Prof Datuk Seri Dr. Mustafa Ishak. - Bernama