Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, kabinet telah meluluskan permohonan penaiktarafan tersebut pada minggu lalu.

"Saya jangkakan selepas hari raya penguman (naiktaraf) itu akan dibuat.

"Ia boleh dikatakan sebagai bonus hari raya untuk Pulau Pinang apabila MPSP akan menjadi bandar raya selepas ini," katanya kepada pemberita sebentar tadi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis Infaq Perdana Ramadan anjuran Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Penggerak Dasar Komuniti Negara di sini.

Penaiktarafan itu bakal menjadikan kedua-dua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini berstatus bandar raya selepas Majlis Bandaraya Pulau Pinang. - K! ONLINE