Yang Dipertuanya, Noraini Roslan berkata, sejajar dengan pentadbiran awam negeri untuk mematuhi arahan kerajaan pusat, perkara itu wajar dilaksanakan kerana ia ada dalam Akta Kerajaan Tempatan 1960 suatu masa dahulu, namun ditangguhkan berikutan pemansuhan akta tersebut.

"Kami akan menyiapkan diri dari sekarang. Sekiranya kerajaan pusat memikirkan perkara itu baik untuk diteruskan, kami akan melaksanakannya," katanya kepada pemberita selepas Majlis Angkat Sumpah dan Menandatangani Watikah Pelantikan Ahli Majlis MPSJ penggal 2018-2020 di sini, hari ini.

Noraini berkata demikian ketika diminta mengulas rancangan kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk melaksanakan Pilihan Raya PBT dalam tempoh tiga tahun.

Pada 26 Mei lepas, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, banyak laporan dan isu perlu dikaji untuk mencari mekanisme terbaik bagi memastikan pilihan raya berkenaan dapat dijalankan. - Bernama