Yang Dipertua MPKB-BRI, Datuk Zamri Ismail berkata, Madhinah Ramadan adalah program ibadah yang diaturkan selama sebulan merangkumi majlis berbuka puasa dan sahur, sumbangan kepada fakir miskin dan anak-anak yatim serta armalah, program Daurah Al-Quran (bengkel 30 juzuk Al-Quran), program 100 kali Khatam Al-Quran , seminar pemantapan Al-Quran serta program-program ilmu yang lain.

Selain itu, program tadarus dan relay Qiraatul Al-Quran serta Qiamullail turut diadakan bersama himpunan 1,000 huffaz dan haflah tarannum.

"Bagi mereka yang ingin bersama-sama MPKB-BRI membuat amal kebajikan, mereka bolehlah infaq melalui pembelian meja yang berharga RM2,000, RM5,000 dan RM10,000 hingga ke atas , bagaimanapun bagi yang ingin infaq selain daripada harga tersebut iaitu serendah RM200, juga dialu-alukan. Kesemua kutipan ini akan digunakan sepenuhnya untuk program ibadah sepanjang bulan Ramadan,” jelasnya kepada Kosmo! baru-baru ini.

"Selain itu, beliau juga menjelaskan, Ihya’ Ramadan ini merupakan produk pelancongan Islam negeri Kelantan dan telah berjaya mendapat Anugerah Produk Pelancongan Terbaik 2013 Asia Pasifik , yang mana setiap tahun hampir 3,000 jemaah akan membanjiri Madhinah Ramadan di Dataran Stadium Sultan Muhammad IV pada setiap malam termasuk rakyat luar Kelantan sendiri,” ujarnya.

Bagi sesiapa yang berminat untuk beramal atau infaq samada sektor awam, swasta dan individu pada majlis tersebut, depositkan terus ke akaun Tabung Ihya’ Ramadhan bernombor 0301 000 5757 713 di Bank Muamalat atau kemukakan cek atas nama Tabung Ihya’ Ramadhan.

Maklumat lanjut boleh menghubungi Pauziah Ismail di talian 013-9226611. - K! ONLINE