Sitaan dilakukan pukul 12.08 tengah hari selepas pekerja yang berusia 32 tahun menyerahkan lori tiga tan di pejabat MPK.

Pengarah Persekitaran Majlis Perbandaran Klang (MPK), Dawari Daud berkata, berdasarkan maklumat awal, pembuangan sampah dianggarkan seberat dua tan itu dilakukan kira-kira pukul 8 pagi semalam oleh kumpulan tersebut.

Katanya, mereka juga didapati telah membakar sampah di lokasi sama.

"Tindakan tidak bertanggungjawab itu kemudiannya telah dilaporkan oleh penduduk kampung sebelum tinjauan dilakukan oleh MPK.

Penduduk kampung berkenaan melaporkan aktiviti pembuangan sampah secara haram tersebut kepada MPK.
Penduduk kampung berkenaan melaporkan aktiviti pembuangan sampah secara haram tersebut kepada MPK.

 

"Bagaimanapun, tiada tangkapan dilakukan semasa kejadian berikutan suspek berjaya melarikan diri," katanya ketika dihubungi Kosmo! Online hari ini.

Beliau memberitahu, siasatan awal mendapati mereka bukan daripada kontraktor dilantik MPK dan mengaut untung melalui pengangkutan sampah secara persendirian dari pihak-pihak industri.

Ujarnya, semakan juga mendapati ia merupakan lokasi pembuangan sampah yang baharu.

"Pekerja lori itu dibebaskan sebaik keterangannya diambil dan kes disiasat mengikut Undang-undang kecil 4 dan 21 pemungutan pembuangan perlupusan sampah sarap MPK 2007," katanya.

Jelas Dawari, sepanjang tahun ini sebanyak 40 buah lori telah disita kerana membuang sampah secara haram. - K! ONLINE

sampah haram MPK
Sampah yang dibuang secara haram tersebut turut dibakar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.