Dalam operasi pukul 9.30 pagi itu, kedua-dua kilang itu merupakan memproses pakaian terpakai dan kayu palet. 

Timbalan Pengarah Jabatan Perlesenan Majlis Perbandaran Klang (MPK), Mohd. Fharulisa Md. Isa berkata, kedua-dua kilang itu telah diberikan notis tujuh hari dalam mengemukakan lesen perniagaan mereka. 

Katanya, tindakan penyitaan akan dilakukan sekiranya gagal mengikut Undang-undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian MPK 2007.

"Kita memandang serius perkara ini dalam memastikan operasi dilakukan kilang di daerah ini mematuhi peraturan ditetapkan. 

"Operasi seperti ini dilakukan setiap bulan dan tujuan kami bukan untuk menakutkan pemilik kilang sebaliknya memberikan peluang kepada pengusaha kilang yang tiada lesen memohon dalam kadar segera," katanya pada sidang akhbar selepas operasi berkenaan hari ini. 

Terdapat lebih 100 kilang di kawasan perindustrian itu dan sebahagian besarnya mempunyai lesen yang sah. 

Justeru itu, Mohd. Fharulisa menegaskan supaya kilang-kilang di bawah pentadbiran MPK memohon lesen perniagaan sekiranya tidak mahu dikenakan tindakan undang-undang. - K! ONLINE