Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Datuk Chamil Wariya berkata, pihaknya mendapat sokongan memberangsangkan daripada penaja pada setiap tahun melibatkan tajaan meja, bantuan kewangan dan barangan untuk acara cabutan bertuah pada maj­lis tersebut.

“MPI juga melahirkan ucapan terima kasih kepada Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) atas kesediaan dan sokongan berte­rusan untuk terus menaja Hadiah Kewartawanan Malaysia (HKM) sejak tahun 1994 lagi.

“Sepatutnya MWM 2018 akan dianjurkan pada 4 Mei ini namun terpaksa ditunda pada 13 Julai depan bagi memberi laluan kepada proses Pilihan Raya Umum ke-14,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan sumbangan MWM 2018 di Restoran WOW KL! di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.