Ketika kejadian pukul  4 pagi itu, Muhamad Afiq Mohamad, 31, dikatakan dalam perjalanan pulang ke Pangkalan Udara Labuan.

Ketua Polis Labuan, Superintendan Muhamad Farid Ahmad berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala.

Orang ramai yang melihat kejadian telah melaporkannya kepada pihak polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Labuan untuk tindakan selanjutnya. - Bernama