Pengasas MommyHana, Hana Shahadan berkata, syarikatnya yang beroperasi sejak dua tahun lalu kini sedang mengintai peluang pasaran di Singapura, Brunei dan Indonesia.

"Juga kita merancang untuk memasuki pasaran di negara Timur Tengah seperti Dubai serta United Kingdom, memandangkan sambutan yang luar biasa bagi produk Islamic audio device.

"Islamic audio device atau pun lebih mudah difahami dengan Quran Mommyhana adalah satu alat yang yang membantu dan melatih semua orang untuk mendengar alunan bacaan ayat suci al- Quran setiap hari.

"Alat yang tiada radiasi ini juga dilengkapi dengan bunyi yang menenangkan seperti alunan ombak, lullaby, white noise, mozart , lagu-lagu Omar&Hana dan juga lagu-lagu khas zikir MommyHana dendangan artis Deja Moss," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Majlis pelancaran produk terbaharu yang di inovasi dari MommyHana iaitu Islamic Audio Device telah disempurnakan oleh pakar motivasi, Dato Dr. Fadzillah Kamsah.

Majlis turut dihadiri Timbalan Presiden Persatu Pedagang Asean, Daatuk Sohaimi Shahadan dan Sinan CEO Digital Durian dan juga Deja Moss.

Mommyhana sebelum ini terkenal dengan buku islamik interaktif Ebookku by Mommyhana sudah terjual lebih dari 200,000 unit dan kini satu lagi produk baru yang bakal menjadi gelombang besar terutama menjelang Ramadan yang bakal tiba.

Zikir-zikir merdu dari Mommyhana juga adalah zikir-zikir yang ringkas dan mudah diikuti sesuai untuk melatih anak-anak supaya berzikir dari usia yg muda.

Mommyhana juga baru sahaja berkolaborasi dengan Omar&Hana sebagai rakan penajaan pada tahun 2019 dan 2020.

MommyHana kini mempunyai hampir 3000 pengedar sah di Malaysia dan menyasarkan tiga kali ganda peningkatan pada tahun ini.

Mommyhana kini telah membantu 10000 keluarga dan menyasarkan untuk membantu 1 juta keluarga dalam dan luar negara pada 2022. - K! ONLINE