Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali menetapkan tarikh itu selepas peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib memberitahu, pihaknya telah mengemukakan permohonan secara bertulis berhubung perintah larangan tersebut.

Muhammad Shafee memaklumkan, pihak pembelaan dan pendakwaan telah menyerahkan penghujahan masing-masing kepada mahkamah berhubung perintah larangan itu sebelum mencadangkan perkara tersebut didengar oleh mahkamah pada Jumaat ini.

Hakim Mohd. Nazlan bagaimanapun memberitahu, beliau bersedia mendengar penghujahan tersebut semalam.

Bagaimanapun, Muhammad Shafee memberitahu, Jumaat ini merupakan hari lebih sesuai untuk mendengar perkara itu kerana kedua-dua belah pihak boleh membalas hujahan masing-masing.

Berikutan itu, Hakim Mohd. Nazlan membenarkan perintah larangan yang diperoleh Najib pada 4 Julai lalu iaitu menghalang media daripada melaporkan apa-apa yang dikaitkan dengan kes dihadapinya dilanjutkan sehingga Jumaat ini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.