Mohd. Shukri berkata, kerjasama itu penting dalam usaha SPRM memerangi jenayah rasuah dan salah guna kuasa.

Beliau berkata demikian ketika hadir mesyuarat pertama bersama pengarah bahagian dan negeri yang dipengerusikan Latheefa di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya di sini hari ini.

Pada mesyuarat itu, Latheefa turut diberi penerangan berkaitan organisasi, operasi dan pencegahan selain turut mengadakan sesi suai kenal bersama pengarah-pengarah bahagian dan negeri.

Kosmo! Online melaporkan Latheefa dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu untuk tempoh kontrak selama dua tahun berkuat kuasa mulai 1 Jun lalu. 

Pelantikannya bagi menggantikan Mohd. Shukri yang memilih memendekkan perkhidmatan kontraknya yang sepatutnya tamat pada 17 Mei 2020. - K! ONLINE