Menurut satu kenyataan, pada 21 Mei lalu, Seri Paduka Baginda telah memperkenankan pelantikan Mohd. Shukri sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM bagi tempoh dua tahun iaitu mulai 18 Mei 2018 sehingga 17 Mei 2020.

“Majlis angkat sumpah tersebut selaras dengan Seksyen 5 (7) Akta SPRM 2009 iaitu setiap Ketua Pesuruhjaya yang dilantik perlu mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Mohd. Shukri, 58, telah berkhidmat selama 32 tahun di SPRM sebelum bersara pada 4 Oktober 2016 dengan jawatan terakhir sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM.

Beliau berkelulusan Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Kepujian) dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan berpengalaman luas dalam mengendalikan kes-kes rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanifa Maidin; Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Fuzi Harun; Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki; Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil; Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan & Profesionalisme) SPRM; Datuk Ja'afar Mahad.