Pemimpin nombor satu Parti Warisan Sabah (Warisan) itu hadir pada pukul 10.51 pagi untuk memulakan tugas sebagai Ketua Menteri Sabah.

Beliau yang memakai kemeja putih hadir di pejabat bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah.

Antara yang hadir ialah Christina Liew (Api-Api) dan Junz Wong (Tanjong Aru).

Terdahulu, Ewon Benedick (Kadamaian) dan Datuk Abidin Madingkir (Madingkir) tiba kira-kira pukul 9 pagi.

Kemelut pembentukan kerajaan negeri Sabah terus berlarutan apabila negeri itu kini mempunyai dua Ketua Menteri.

Ketua Menteri gabungan Barisan Nasional (BN) dan Parti Solidariti Sabah (STAR) diketuai Tan Sri Musa Aman terlebih dahulu mengangkat sumpah pada Khamis lalu sebelum kehilangan majoriti.

Mohd. Shafie yang kini mendapat majoriti mudah 35 kerusi DUN mengangkat sumpah kelmarin. - K! ONLINE