Bagaimanapun, tujuan sebenar kunjungan Mohd. Shafie bersama rombongannya hadir mengadap Yang di-Pertuan Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin masih belum dikenalpasti.

Kira-kira 100 penyokong Warisan turut memenuhi pintu gerbang Istana Negeri sambil melaungkan slogan dan mengibarkan bendera parti terbabit.

Terdahulu, Mohd. Shafie Apdal tidak bersetuju dan menentang pembentukan kerajaan negeri baharu hasil gabungan Barisan Nasional (BN) dan Parti Solidariti Tanah Airku (Star) di bawah pimpinan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman.

Dakwa ahli Parlimen Semporna itu, kerajaan negeri baharu berkenaan tidak mendapat mandat mutlak daripada rakyat tempatan dan dibentuk atas kapasiti jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang tidak mencukupi. -  K! ONLINE