Tinjauan Kosmo! mendapati setakat ini, Presiden UPKO, Datuk Seri Madius Tangau bersama dua ADUN parti tersebut iaitu Datuk Abidin Madingkir (Paginatan) dan Ewon Benedick (Kadamaian) tiba pukul 9.25 pagi di pejabat rasmi Ketua Menteri berkenaan dipercayai menunggu kehadiran Mohd. Shafie.

Turut kelihatan ialah ADUN Kemabong, Jamawi Jaafar yang mengumumkan keluar UMNO dan menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan).

Bagaimanapun, Tan Sri Musa Aman yang juga mengangkat sumpah Ketua Menteri Sabah pada 10 Mei lalu juga belum tiba di PPNS.