Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa dalam satu kenyataan berkata, pelantikan Mohd. Ghazali sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan adalah berdasarkan pengalaman luas beliau dalam perkhidmatan awam selama 32 tahun.

"Saya percaya dengan pengetahuan, pengalaman dan kredibiliti yang dimiliki beliau akan membolehkan beliau melaksanakan tanggungjawab ini dengan berkesan dan mampu meneruskan misi Kementerian Pendidikan dan melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti," katanya.

Mohd. Gazali, 68, berkelulusan Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya, Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) dari University Of Nottingham, United Kingdom dam Doktor Falsafah (Maklumat dan Telekomunikasi Global) dari Waseda University, Jepun.

Beliau memulakan kerjaya dalam perkhidmatan awam dengan menyertai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik pada 13 Januari 1986. - K! ONLINE