Mohammed Khusrin menggantikan Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa yang tamat tempoh perkhidmatan sebagai Pengerusi MAIS sejak tahun 2005.

Pelantikan tersebut disempurnakan dalam satu majlis istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan Anggota MAIS bagi sesi 2018 hingga 2020 dan Majlis Santapan Tengahari bersama 423 imam masjid seluruh negeri Selangor di Istana Alam Shah di sini hari ini.

Pada majlis berkenaan, Sultan Sharafuddin juga berkenan melantik dan menerima sembah menghadap tiga orang anggota MAIS yang baharu iaitu Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Dr. Mohd. Farid Ravi Abdullah, Pensyarah Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Khadijah Mohd. [email protected] dan Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia, Prof. Madya Dr. Yasmin Hanani Mohd. Safian.

Pelantikan sebagai anggota MAIS berkuat kuasa mulai 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2020. - K! ONLINE