"Tahniah diucapkan kepada Ahmad Hasbullah yang dinaikkan pangkat kepada Jeneral dan di atas pelantikan sebagai Panglima Tentera Darat yang baharu," kata Mohamad melalui akaun Twitternya. 

Terdahulu, Mohamad menyaksikan Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas antara Ahmad Hasbullah dan Jeneral Tan Sri Zulkiple Kassim yang bersara wajib di Kementerian Pertahanan di sini.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Zulkiple di atas khidmat bakti sepanjang berkhidmat sebagai Panglima Tentera Darat. 

"Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih di atas khidmat bakti yang ditabur Zulkiple sepanjang berkhidmat sebagai tentera khususnya semasa menjadi Panglima Tentera Darat. Selamat bersara saya ucapkan," katanya.

Ahmad Hasbullah, 57, yang merupakan Panglima Tentera Darat ke-27 pernah memegang jawatan Panglima Medan Tentera Darat pada 2009 sebelum dilantik Timbalan Panglima Tentera Darat pada 2011. - Bernama