Mohamad, 56, sebelum ini merupakan Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Dasar Sumber Manusia) Jabatan Pengurusan Bukit Aman menggantikan Muhamad Zaki, 54, yang akan mengambil alih jawatannya di Bukit Aman. 

Beliau mula berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia pada tahun 1990 dan pernah menerajui Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan, Selangor serta menjadi Timbalan Komandan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Majlis serah terima tugas yang berlangsung di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan disaksikan oleh Ketua Polis negeri, Datuk Noor Azam Jamaludin. - K! ONLINE