Modi singgah sebentar ke Malaysia untuk menyampaikan ucap selamat dan tahniahnya secara peribadi kepada Mahathir atas kemenangan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 dan pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh.

Beliau tiba di bangunan Perdana Putra di sini pada pukul 11.35 pagi dan di­sambut oleh Mahathir.

Modi menerusi akaun Twitter rasminya memberitahu, beliau gembira dapat bertemu Mahathir.

“Saya gembira bertemu Tun Mahathir. Saya berterima kasih kepadanya untuk sambutan yang baik. Kami mengadakan perbincangan yang produktif untuk memperkukuhkan lagi kerjasama di antara India-Malaysia,” kata­nya.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.