Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, langkah tersebut bertujuan untuk memperbaiki Pelan Tindakan Warga Emas Negara di bawah Dasar Warga Emas supaya kebajikan golo­ngan tersebut terpelihara.

“Kita buat satu kajian yang menyeluruh kerana sekarang ini ramai anak abaikan (ibu bapa), bekerja, tidak ada ke­sempatan untuk menjaga ibu bapa sebab mereka sendiri pun tertekan dengan ekonomi dan kehidupan.

“Jadi kita tengok secara menyeluruh (kerana) kalau menghukum, namun tidak menyelesaikan masalah pun salah juga,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pusat asuhan harian dan latihan untuk kanak-kanak kelainan upaya (OKU), Tasputra Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), Jalan U-Thant di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.