Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, model tersebut merangkumi Tahfiz Turath, Tahfiz Sains, Tahfiz Dini dan Tahfiz Kemahiran.

“Pada masa ini, tia­da sistem pengajian tahfiz yang khusus atau selaras diguna pakai oleh sekolah tahfiz. Kebanyakannya menggunakan kaedah dari pelbagai aliran pengajian bergantung kepada guru masing-masing.

“Kerajaan menye­dari sistem pendidikan tahfiz perlu ditambah baik bagi menjamin kualiti lepasan pelajar sekolah tahfiz,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini semalam.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Nawawi Ahmad (BN-Langkawi) berhubung sama ada kerajaan bercadang mewujudkan sistem pelajaran khas untuk sekolah tahfiz.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.