Salahuddin berkata, hanya selepas itu model berkenaan akan dibawa ke peringkat jemaah menteri.

"Mesyuarat pertama telah diadakan pada 17 Julai lalu dengan disertai tujuh kementerian lain iaitu  Kementerian Hal Ehwal Ekonomi,  Kementerian Kesihatan, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Kewangan, Kementerian Pembangunan Usahawan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan serta Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

"Selepas hasil (model menggantikan Bernas) dibentangkan di peringkat jawatankuasa, kita akan bawa ke peringkat jemaah menteri kerana mungkin ada akta yang perlu dipinda," katanya selepas menghadiri taklimat bersama Timbalannya, Sim Tze Tzin di ibu pejabat Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di sini, hari ini.

Taklimat kira-kira tiga jam itu disampaikan Ketua Pengarah FAMA, Datuk Ahmad Ishak. - Bernama