Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, durian Musang King telah mendapat permintaan yang tinggi hasil rombongan perdagangan MOA di Nanning baru-baru ini.

"Saya yakin mempelam harumanis yang merupakan ikon Perlis juga bakal mendapat sambutan di China dan negara lain. Satu persatu kita akan kembangkan.

"Namun, bagi mencapai tujuan tersebut, semua syarat dan peraturan iaitu kualiti dan keselamatan makanan perlu dipenuhi dengan sebaiknya," katanya di Dewan Seri Semarak, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis di sini hari ini.

Beliau berkata sedemikian kepada media dalam Bengkel Memperkasakan Tanaman Mangga Harumanis Perlis 2017.

Turut hadir, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man dan Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Tan Sri Badruddin Amiruldin. - K! ONLINE