Beliau berkata, melalui teknologi 5G, pertanian dapat dijalankan dengan efisien dengan sukatan baja dan air yang betul walaupun berlakunya perubahan cuaca.

"Teknologi 5G juga mampu membantu petani ke arah pertanian pintar yang bukan sahaja meningkatkan produktiviti tetapi juga pendapatan," katanya kepada media selepas melawat Pameran 5G Malaysia di Kompleks Perbadanan Putrajaya, di sini hari ini.

Tze Tzin berkata, syarikat e-dagang juga dialu-alukan untuk bekerjasama membantu petani menjual hasil pertanian mereka kerana jualan melalui platform dalam talian dapat meningkatkan pendapatan golongan itu.

"Konsep dan pemikiran petani serta pengguna harus berubah kerana ia penting dalam menerima manfaat daripada teknologi 5G ini nanti," katanya. - Bernama