Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub berkata, beliau akan memastikan pembelaan dan kebajikan akan diberikan sekiranya golongan berkenaan memerlukan.

“MOA akan terus memastikan kecanggihan dalam bidang teknologi serta pendekatan yang akan terus kita terokai sehinggalah kepada penggunaan baja agar dapat mengurangkan kos petani dan meningkatkan hasil golongan berkenaan.

“InnsyaAllah, ia dapat mencapai hasrat kita untuk menambahkan pendapatan petani dan pesawah di seluruh negara,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada majlis Anugerah Tani Bernas (ATB) 2019 di sini sebentar tadi. 

Turut hadir Pengerusi Bernas, Megat Joha Mega Abdul Rahman. 

Dalam pada itu, Salahuddin menasihatkan agar Padiberas Nasional Bhd. (Bernas) tidak terlalu selesa dengan pencapaian yang dikecapi sepanjang 25 tahun penubuhannya sebaliknya terus bergerak ke depan bagi memastikan ia terus unggul dan dapat bersaing dengan syarikat besar bertaraf antarabangsa. 

ATB 2019 yang memasuki tahun ketiga penganjurannya menyaksikan 11 anugerah disampaikan kepada rakan tani merangkumi tujuh anugerah bagi kategori pesawah dan pengilang dan pemborong bumiputera masing-masing dua pemenang. 

Anugerah tersebut diberikan berdasarkan sumbangan serta pencapaian konsisten dalam pengeluaran hasil padi yang baik serta bermutu tinggi sepanjang tahun lalu. - K! ONLINE