Bagaimanapun, hajat yang di­suarakan Mimi Suziana pada Hari Raya Aidilfitri itu tidak menjadi kenyataan apabila dia bersama dua adik­nya, Norfasmida, 24, dan Ahmad Faris, 16, serta seorang rakan, Nur Farah Farahainsah Jaafar, 21, meninggal dunia selepas Perodua Viva dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler.

Mimi Suziana merupakan anak ketiga manakala Norfasmida anak ketujuh dan Ahmad Faris anak kesepuluh daripada sebelas beradik.

Adik mangsa, Norfaizal, 31, berkata, baru-baru ini kakaknya ada memaklumkan hasrat untuk meninggalkan Kuala Lumpur dan mahu kembali menetap bersama keluarga di Bachok buat selama-lamanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.