Bertemakan Muhibah Chefs! Good Food Brings Us Together, festival pada kali ini bakal menawarkan pengalaman gastronomi yang unik melalui penyertaan restoran-restoran tempatan sepanjang berlangsung festival itu.

Antara restoran tempatan yang menyertai MIGF kali ini antaranya ialah Restoran DC, 2OX French Bistro, Pampas Steakhouse Old Malaya, e18hteen Inspired Cuisine, Nadodi, Serai @ Pavilion, SukaSucré Bistro, Spice Garden, Summer Palace, Tangerine, The Olive, Drop Exchange dan lain-lain lagi. 

MIGF dalam satu kenyataan akhbar berkata, festival tahun ini turut menampilkan hidangan-hidangan dari seluruh dunia termasuk Malaysia, Perancis, Sri Lanka, Korea, Kantonis, Itali, Asia Selatan, Asia Barat, Asia Fusion dan sebagainya.  

Bersempena festival antarabangsa itu, pada 1 dan 2 September depan diadakan acara pratonton MIGF di Hotel dan Pusat Konvensyen Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

Pada acara pratonton berkenaan, para pengunjung dimeriahkan dengan pameran makanan dari restoran-restoran terkenal tempatan dengan menyediakan teater masakan yang akan memberi peluang kepada mereka untuk menikmati juadah istimewa hasil daripada chef-chef terkemuka.       

Selain menikmati sajian lazat, pengunjung boleh membeli-belah di Epicure International Gourmet Village, menghadiri kelas masakan Master Chef dan bengkel gaya hidup pada acara selama dua hari itu. 

Untuk maklumat mengenai MIGF boleh melayari laman web www.migf.com. – K! ONLINE