Presidennya, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, pihak­nya yakin parti itu kekal bertanding di kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.

Menurutnya, perkara tersebut telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meskipun terdapat pihak lain yang berminat untuk bertanding di kerusi tersebut.

“Perkara ini telah diulangi beberapa kali kepada Perdana Menteri dan beliau juga memahaminya. Kami tidak mempu­nyai sebarang masalah jika parti komponen lain mahu menjalankan sebarang kerja di sini bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Barisan Nasional (BN).

“Bagaimanapun, Cameron Highlands merupakan kerusi MIC di bawah BN. Tiada isu dalam perkara ini,” katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.