"Sebarang keputusan tunggu sahaja Rabu ini," katanya ringkas ketika ditemui media di sini Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini hari ini.

Terdahulu, Awang Tengah yang juga Timbalan Presiden PBB, merasmikan Persidangan Antarabangsa Infrastruktur ICT dan Ekonomi Digital Sarawak (IDECS) 2018.

Ketika ditanya sama ada mesyuarat tersebut melibatkan kedudukan parti itu dalam Barisan Nasional serta penyertaan bersama Pakatan Harapan, beliau enggan mengulas lanjut, sebaliknya meminta media agar menunggu keputusan pada hari berkenaan. - Bernama