Ahmad Faizal (gambar kecil) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang berkata, pemilihan Bandar Meru Raya yang terletak kira-kira 15 minit dari sini dibuat kerana kawasan itu bukan sahaja sedang giat memba­ngun malah mempunyai banyak pejabat jabatan dan agensi kerajaan Persekutuan.

“Ini akan memudahkan orang ramai berurusan de­ngan kerajaan namun cadangan ini perlu dihalusi dan kajian secara holistik dilakukan.

“Selain itu, konsep dan cadangan pemba­ngunan, keperluan sosial, jaringan pengangkutan awam perlu diambil kira sepenuhnya sama seperti sebelum Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir membangunkan Putrajaya,” katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.