Tengku Abdullah bertitah, langkah itu perlu bagi memastikan khazanah alam di kawasan berkenaan yang menjadi tarikan kepada pelancong dan sumber ekonomi penduduk sekitar terus dipulihara.

“Mana-mana kawasan yang telah lulus untuk diterokai perlu diperbaiki dan ditanam semula, pembalakan juga harus dihentikan dan usaha memulihkan dipercepatkan.

“Status kawasan yang belum diusik untuk pembalakan dan pertanian pula dijadikan kawasan hutan simpan kekal supaya ia tidak lagi boleh di­sentuh,” titah baginda kepada media selepas program taklimat di kawasan pembalakan Hutan Simpan Persit, Merapoh sempena lawatan kerja dua hari di daerah Lipis di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.