Tanpa merujuk kepada mana-mana pihak, Kadir berkata, mereka perlu memikir sedalam-dalamnya kesan kenyataan mereka dan hanya mengeluarkan kenyataan apabila perlu sahaja.

"Hari ini kerajaan baharu, hanya (Perdana Menteri) Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sahaja yang ada pengalaman menjadi menteri manakala yang lain mungkin ada pengalaman sebagai Ketua Menteri atau Menteri Besar sahaja tetapi tidak sebagai Menteri Persekutuan.

"Jadi kalau ada menteri yang dilihat tidak pandai memberi kenyataan atau dilihat tidak memikirkan sedalam-dalamnya sebelum membuat kenyataan, kena marah dan sebagainya, mereka kena belajar daripada kesilapan, apa yang dilalui akan mendewasakan mereka," katanya kepada Bernama selepas mengadakan lawatan ke Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di sini hari ini. 

Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan kononnya ada kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri dan Timbalan Menteri yang dilihat boleh menjejaskan kemasukan pelaburan asing ke negara ini. - Bernama