Osman menyatakan demikian selepas menerima pelawaan Pengerusi KMJ, Mohamad Fauzi Ishak yang mahu penaung kelab itu daripada Menteri Besar Johor.

Menurut Osman, beliau akan memastikan segala kebajikan pengamal media di negeri itu terus dijaga malahan mahu menambah peruntukkan kelab itu mengikut keperluan.

"Saya dan kerajaan negeri mengambil berat mengenai peranan media sebagai periksa dan imbang.

"Justeru media juga harus memainka nperanan dan bertanggungjawab dalam menyampaikan mesej kerajaan kepada rakyat dengan baik," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Jamuan Teh Aidilfirtri di Dewan Banquet, Bangunan Sultan Ismail di sini hari.

Turut hadir ialah Pegawai Kewangan Negeri Datuk A. Rahim Nin, Pengerusi KMJ, Mohamad Fauzi Ishak. - K! ONLINE