Menurut PLUS Malaysia Bhd. (PLUS) semua laluan di lebuh raya itu dibuka sepenuhnya kira-kira pukul 5 petang semalam.

"PLUS mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan yang memberikan kerjasama baik ketika kerja-kerja membaik pulih tersebut dilaksanakan dalam tempoh kurang 24 jam," demikian menurut kenyataan PLUS di laman sesawangnya.

Mendapan tersebut menyebabkan satu lubang berukuran 2.1 meter (m) lebar dengan kedalaman 2.1m dikesan kira-kira pukul 3.30 petang pada Isnin. 

Insiden tersebut tular di media sosial, lebih-lebih lagi ketika orang ramai mula bergerak pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri. 

Tambah PLUS, untuk mendapatkan maklumat trafik terkini di lebuh raya PLUS, orang ramai boleh mengikuti Twitter PLUSTrafik atau aplikasi PLUS Mobil atau menghubungi talian PLUSLine 1800 88 0000. - Bernama