Kejadian yang dipercayai bermula dari bahagian lampu penanda menara terbabit yang telah disambar petir pada pukul 7.43 malam.

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Azman Alias berkata, tiada sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan dan api kebakaran berkenaan berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 5.40 pagi tadi.

"Kebakaran pada bahagian menara pemprosesan gas terbabit dipercayai berpunca daripada percikan api yang tercetus dari lampu penanda struktur itu akibat dipanah kilat.

"Seramai 30 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Paka, Kerteh dan Kuala Terengganu telah dikerah untuk memadamkan kebakaran terbabit yang berlaku dalam keadaan hujan lebat," katanya ketika dihubungi Kosmo! Online di sini hari ini.

Azman berkata, lokasi kebakaran juga agak sempit sehingga memaksa pihaknya menggunakan dron bagi mendapatkam gambaran sebenar kebakaran. - K! ONLINE