Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, suspek lelaki berusia 26 tahun itu ditahan selepas risikan dua minggu dilakukan oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan.

"Suspek ditahan kira-kira pukul 1 tengah hari ketika sedang menunggang motosikal jenis Honda EX5. Pemeriksaan dalam bakul motosikalnya menjumpai 55 paket dadah jenis heroin seberat 85 gram.

"Ujian saringan air kencing dibuat terhadap suspek bagaimanapun negatif. Nilai keseluruhan rampasan dadah dianggarkan RM3,000," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Beliau berkata, siasatan awal polis mendapati suspek telah menjalankan aktiviti berkenaan sejak enam bulan lepas.

Katanya, suspek telah direman tujuh hari bermula hari ini mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk siasatan lanjut. - Bernama